Welcome to Ruang Niaga Norma

Salam and Hi..
First and foremost, syukur ke hadrat Ilahi & thank you for spending your precious moment dropping by to ruangniaganorma.blogspot.com. Here, we aimed to turn your dreams into reality and also providing an extra comfy atmosphere to your virtual shopping experience. With a single 'klik,' the requested goods will be knocking on your door. So please bear with us and do bookmark this page ok dear ? :)

Thanks and enjoy your shopping!! I'll be reachable at below contact details:

1. Name: Norma
2. Contact No: +6012 - 688 5344
3. e-mail: sitinorma7588@gmail.com


Thursday, August 26, 2010

Asal Usul Serunding/ Sambal Daging

Salah satu makanan tradisi istimewa dari negeri Kelantan adalah serunding daging. Di Kelantan lebih di kenali dengan nama sambal daging. Ada beberapa tempat di Kelantan yang menghasilkan serunding daging ini tetapi yang paling tersohor adalah di Kampung Laut, Tumpat.

Ramuan asas serunding dibuat dengan menggunakan daging lembu, rempah ratus khas, lada kering asli (bukan cili bor), santan, ketumbar, bawang merah, bawang putih, garam, gula secukup rasa dan beberapa bahan lain lagi.

Pembuatan serunding adalah secara tradisional yang diwarisi dari orang tua yang diperturunkan kapada generasi kini. Kebanyakan pengeluar terdiri daripada pengusaha industri kampung, yang mengusahakan secara kecil-kecilan didalam bangsal khas yang dibina tepi-tepi rumah.

Sambal Daging dimasak di dalam kawah-kawah tembaga dan tidak dibuat dengan mesin secara kuantiti yang banyak sekali gus , kerana jika dibuat dengan mesin, daging akan menjadi hancur dan lumat. Daging disiat-siat dengan menggunakan cara tradisional ia itu dengan tangan supaya gentian daging tidak rosak dan hancur. Proses ini memerlukan kemahiran yang khusus.

Proses
ini adalah rumit, daging yang terpilih dikukus sehingga 6-8 jam, selepas disejukkan ianya diracik-racik dan disiat-siat menjadi gentian daging yang selari memanjang bentuknya. Selepas itu barulah dimasak didalam kawah tembaga bersama dengan santan kelapa, beberapa jenis rempah, lada dan garam mengikut sukatan tertentu dan dikacau tanpa henti sehingga kering. Proses mengacau hingga kering ini mengambil masa sehingga 5 jam.

Cara Penyimpanan

Serunding daging yang dimasak sehingga kering dengan cara yang betul boleh disimpan sehingga 1 tahun lamanya selepas dibungkus, amat sesuai jika dibawa untuk merantau ke luar negara, seperti jemaah haji yang menunaikan haji, atau pelajar yang menuntut di luar negara.

Selepas dibuka dari pembungkus, sambal daging ini disyorkan disimpan pada suhu bilik, dalam bekas kedap udara. Tidak digalakkan disimpan dalam peti sejuk, kerana akan mengurangkan rasanya dan masuk angin. Jangan simpan dalam tempat yang panas, seperti dalam but kereta. Hendaklah dihabiskan dalam tempoh tidak lebih dari 3-6 bulan bergantung kepada cara penyimpanan.

Cara Makan

Serunding atau sambal daging ini boleh dimakan terus begitu sahaja,sebagai lauk dimakan dengan nasi,nasi impit,lemang,roti dan juga boleh dibuat sebagai inti kuih karipap, serta beraneka kuih lain lagi.